Sering diperhatikan ada ruang kosong dalam
saf sembahyang, terutama ketika sembahyang Jumaat. Mereka yang di saf belakang ‘malas’
untuk melangkah bergerak ke saf hadapan yang dilihatnya masih kosong.
Meluruskan saf adalah termasuk di dalam
adab-adab solat berjemaah. Terdapat hadis menceritakan berkaitan kepentingan
meluruskan saf dan sebab yang akan berlaku sekiranya diabaikan perkara ini.
Dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah
kamu meninggalkan ruang-ruang bagi syaitan. Barangsiapa yang menyambungnya
(saf) maka Allah akan menyambungnya dan barangsiapa yang memotong saf, maka
Allah akan memotongnya” (Hadis riwayat Abu Daud)
Bahawa Nabi SAW bersabda: “Luruskanlah
saf-saf kamu kerana meluruskan saf itu termasuk di dalam kesempurnaan solat” (Hadis
riwayat Muslim)
Ini adalah sebahagian daripada hadis yang menceritakan berkaitan lafaz Nabi SAW dalam memperbetulkan saf para sahabat sebelum Baginda SAW memulakan solat.
Akan tetapi, sekiranya seseorang imam itu
menggunakan lafaz yang lain, maka ia tidak menjadi masalah selagimana ucapan
tersebut sampai kepada tujuan iaitu meluruskan saf.
Selain itu juga, Imam al-Nawawi menyatakan
hadis ini memberi galakan agar memperbetulkan (meluruskan) saf-saf (sebelum
menunaikan solat) dan hadis ini juga menunjukkan keharusan bercakap di antara
iqamah dan juga solat. Ini adalah pandangan mazhab kita (mazhab al-Syafie) dan
juga mazhab jumhur ulama walaupun sebahagian ulama melarangnya (iaitu bercakap
selepas iqamah).
Namun begitu, pandangan yang tepat adalah
diharuskan sama ada percakapan itu berkaitan dengan perkara-perkara yang
melibatkan solat dan selain daripada solat.
Jangan kita remehkan soal penuhkan saf,
rapatkan saf dan luruskan saf. Perkara mudah, tetapi mengapa banyak yang tidak
mahu sempurnakannya?
Ini adalah sebahagian daripada hadis yang menceritakan berkaitan lafaz Nabi SAW dalam memperbetulkan saf para sahabat sebelum Baginda SAW memulakan solat.
No comments:
Post a Comment