Wednesday, 4 January 2023

PENGGUNAAN BETUL KATA GANTI ‘NYA’

 
Nya merupakan kata ganti diri orang ketiga. Nya hanya digunakan pada manusia dan kata ganti nama Nya yang merujuk kepada Allah hendaklah dieja dengan tanda sempang dan huruf besar seperti di sisi-Nya dan kehendak-Nya.

Selain itu ‘nya’ juga berfungsi sebagai kata pembeda. Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya: lajunya - Lajunya ialah 100km sejam.
 
Nya juga sebagai kata penekan. Tanpa perkataan nya akan menyebabkan wujud persoalan tentang sesuatu.
 
Contohnya, Ali makan bersama kawan. Jika tanpa ada kata penekan ‘nya’ pada perkataan ‘kawan’, akan wujud persoalan Ali makan dengan kawan siapa? Maka, perkataan betul untuk ayat tersebut ialah ‘kawannya’.


No comments:

Post a Comment