Tuesday, 27 December 2022

BIARKAN ORANG LAIN BINGUNG FIKIR SOAL KITA

 
Kadang lebih baik untuk membiarkan orang bingung memikirkan hal diri kita. Teruskan melangkah setiap hari tanpa perlu bimbang orang lain tahu apa urusan seharian kita.
 
Mereka ini jenis tiada kerja lain sehingga ingin mengikuti semua tentang diri kita. Biarkan orang lain penat sendiri untuk mengetahuinya.
 
Dapatkan wang daripada mana sekalipun, asalkan halal. Keluarlah dengan siapa sahaja yang sudi. Pilihlah dengan siapa ingin akrab. Biarkan orang bertanya-tanya sama ada kita punya pasangan atau tidak.
 
Bertukarlah kereta baharu, orang tidak perlu tahu. Biar tidak kelihatan susah dan tahu-tahu kita sudah senang.
 
Tidak kelihatan sulitnya kita yang sedang melalui proses ujian. Tapi tahu-tahu kita sudah berjaya. Biar nampak sederhana walaupun kita sedang menikmati hidup yang cukup baik dan berharga.
 
Dengan kata lain, kita buat cara kita. Tidak perlu heboh-heboh. Susah senang kita lalui sendiri dengan penuh yakin.

No comments:

Post a Comment