Monday, 19 December 2022

FIKIRKAN AGAR ORANG LAIN TIDAK MELAKUKAN DOSA

 
Suatu hari Ibrahim al-Nakhaie mengajak anak muridnya Sulaiman bin Mihran Al-Amasy menuju ke masjid.

Ibrahim al-Nakhaie buta, manakala Sulaiman bin Mihran pula rabun. 

Sesampai di pasar, Ibrahim Al-Nakhaie mencadangkan supaya kedua mereka berpisah melalui jalan yang lain menuju ke masjid.
 
Alasannya, beliau risau sekiranya keadaan orang buta dipimpin oleh seorang yang rabun akan menjadi bahan umpatan orang ramai di pasar.
 
Sulaiman berkata, “Apa masalahnya kita dapat pahala (kerana diumpat) dan mereka berdosa (kerana mengumpat).”
 
Lalu Ibrahim membalas, “Subhanallah, bahkan kita selamat dan mereka selamat, itu lebih baik dari kita dapat pahala dan mereka dapat dosa.
 
Ternyata apa yang dilakukan Ibrahim itu secara mantiknya memikirkan kesan tindakan, berusaha menutup pintu fitnah dan menjaga kepentingan pihak yang banyak berbanding peribadi.
 

No comments:

Post a Comment