Monday, 21 March 2022

MINUM KOPI BAIK UNTUK KESIHATAN LELAKI

 
Khasiat kopi memberi kebaikan untuk kesihatan seksual lelaki. Suami kerap minum kopi lebih kuat dan bertenaga serta berkemungkinan tidak berdepan masalah lemah tenaga batin.

Justeru, isteri perlu nasihatkan suami agar kerap minum kopi. Hidangkan secawan kopi pada setiap pagi atau minum petang. 

Kajian pakar dari University of Texas ini menemukan kesan baik bagi lelaki yang meminum kopi 85 miligram - 170 miligram setiap hari. Kajian dilakukan terhadap 4,000 lelaki didapati sekitar 42 peratus berkemungkinan tidak berdapan masalah lemah tenaga batin berbanding mereka tidak meminumnya.

Kajian itu mendapati fungsi kopi dapat memberi kesan baik untuk saluran darah di bahagian kemaluan lelaki. Selain itu, khasiat kopi melahirkan rasa tenang kepada peminumnya.

Bukan hanya itu saja, kopi juga dapat beri kesan baik bagi orang-orang yang mengalami kelebihan berat badan atau obesiti maupun yang memiliki tekanan darah tinggi.

Dengan mengamalkan meminum dua atau tiga cawan sehari dapat membantu melancarkan aliran darah para penderita kecing manis.

Satu kajian sama dilakukan pakar di Universiti Sao Paulo, Brasil mendapati lelaki yang rutin minum secawan kopi setiap paginya memiliki sperma yang mampu berenang lebih lincah dibanding lelaki yang tidak pernah minum kopi pada waktu pagi hari.

Kafein daripada kopi mempunyai kuasa melancarkan darah dalam anggota kelamin lelaki secara sederhana seperti ubat pelancar darah PDE-5 Inhibitor seperti ‘Viagra’. 

Tidak hairan jika kita lihat kopi menjadi minuman kegemaran lelaki sejak turun menurun. Kopi juga dapat menghindari penyakit nyanyuk atau Alzeimer selain mengandungi antioksidan yang menyegarkan tubuh badan dan antipenuaan. 

No comments:

Post a Comment