Pemakaian
tanjak atau tengkolok atau destar dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan
dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat masyarakat Melayu. Pemakaian busana
ini pada kebiasaanya akan dipadankan dengan bengkung, samping dan baju Melayu
beserta keris selit.
Tanjak
juga dipanggil setanjak, tengkolok, tekuluk, kuluk, destar, bulang hulu
dan setangan kepala merupakan
sejenis alas kepala yang dipakai secara tradisi dalam kalangan masyarakat
Melayu; ia banyak dipakai kaum lelaki.
Ia
diperbuat daripada kain songket panjang yang dilipat-lipat dan diikat
dalam gaya (solek) yang tertentu.
Pada
zaman sekarang, tanjak lebih banyak dipakai dalam majlis-majlis yang penuh adat
istiadat, misalnya oleh kerabat diraja dan para hadirin dalam majlis istiadat
diraja, dan oleh pengantin lelaki ketika majlis perkahwinan.
Sebenarnya
terasa kagum melihat sekumpulan lelaki bertanjak. Auranya lebih dirasai
berbanding jika hanya melihat seorang pengantin lelaki sahaja bertanjak.
Elok
rasanya jika pada majlis persandingan, semua lelaki bertanjak dan berbusana
Melayu. Nampak gempak seperti majlis pada zaman dahulu.
Dan,
rasanya tidak salah jika bertanjak pada masa-masa lain, termasuklah ketika
bersiar-siar. Biar nampak ‘pelik’, tetapi itulah lebih baik daripada memakai
yang bukan dari budaya kita.
Gambar:
Dari FB Kelantan Bertanjak
No comments:
Post a Comment