
Apakah itu spirulina? Spirulina adalah organisma yang ringkas dan bersel tunggal yang mendapat nama daripada perkataan Latin iaitu ‘helix’ atau ‘lingkaran’ kerana ciri fizikalnya seperti satu lingkaran.
Alga
biru-hijau ini diiktiraf secara global sebagai makanan semula jadi yang
terunggul. Menurut kajian, spirulina memang mendatangkan pelbagai
khasiat untuk tubuh badan yang diiktiraf seluruh dunia.
Pengiktirafan terhadap spirulina:
- “Makanan paling ideal untuk manusia sejagat.” (Persidangan Makanan Dunia Bangsa-bangsa Bersatu).
- “Makanan masa depan yang paling ideal dan sempurna.” (Pertubuhan Pendidikan, Sains & Kebudayaan (UNESCO).
- “Pelengkap kesihatan terbaik manusia dalam abad ke-21.” (Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
- “Spirulina: Makanan untuk masa depan.” (Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA).
-
“Spirulina sebagai salah satu makanan utama untuk kegunaan jangka
panjang bagi misi angkasa lepas.” ( SPIRULINA – Nature’s Superfood oleh
Kelly Moorhead, Bob Capelli dan Gerald R. Cysewski, PhD)
-
Protein: Ia dianggap sebagai sumber lengkap bagi protein yang
berkualiti tinggi dan sering dibandingkan dengan telur untuk jumlah
protein setiap gram.
-
Vitamin B1: Juga dipanggil Thiamin, vitamin ini diperlukan untuk
penghadaman lemak dan protein. Ia sering diambil untuk meningkatkan
tenaga, kesihatan mata, fungsi otak dan meningkatkan fungsi saraf.
-
Zat Besi: Spirulina adalah makanan kegemaran untuk vegetarian dan
vegans kerana ia merupakan salah satu sumber tumbuhan terbaik untuk zat
besi. Malah bagi mereka yang makan daging, ia mempunyai bentuk besi yang
sangat mudah diserap yang lembut bagi sistem pencernaan.
- Kalsium: Mempunyai lebih daripada 26 kali kalsium yang terdapat dalam susu.
Spirulina
adalah sumber utama nutrien lain termasuklah vitamin B-1 (tiamin), B-2
(riboflavin), B-3 (nikotinamida), B-6 (pyridoxine), B-9 (asid folat),
vitamin C, vitamin D, vitamin A dan vitamin E.
Ia
juga merupakan sumber kalium, kromium, magnesium, mangan, fosforus,
selenium, sodium dan zink. Spirulina mengandungi banyak pigmen yang
boleh memberi manfaat pada badan.
Kajian
menunjukkan bahawa spirulina mungkin sangat membantu dalam mengimbangi
gula dalam darah, dan mungkin juga berkesan sebagai ubat diabetes dalam
beberapa keadaan.
Spirulina adalah antioksidan yang kuat. Antioksidan adalah komponen yang melindungi sel-sel kita daripada berlaku kerosakan.
Membantu
membuang logam berat dalam badan. Spirulina boleh bergabung dengan
logam berat di dalam badan dan membantu menghilangkannya. Ia juga sangat
tinggi dengan kandungan klorofil, yang membantu menghilangkan toksin
daripada darah dan meningkatkan sistem imun.
Ketahanan
otot. Spirulina diketahui meningkatkan pembakaran lemak semasa senaman.
Kandungan antioksidan yang tinggi menjadikannya bermanfaat dalam
mengurangkan oksidasi yang selalunya menyebabkan keletihan otot dan
ketidakupayaan untuk membentuk otot dengan baik
Dapatkan spirulina secara dalam talian.
Klik pautan di bawah.
No comments:
Post a Comment