Thursday, 22 May 2025

PUCUK LEMAK KETAM DIBUAT ULAM

 
Pokok lemak ketam adalah spesies pokok kayu berbatang keras. Pokok ini boleh membesar dan tinggi melebihi 10 meter. Namun, kebanyakan pokok yang ada hanya tinggi beberapa meter disebabkan sentiasa dicantas atau dipangkas untuk memudahkan mendapatkan pucuknya.
 
Pokok lemak ketam juga dikenali dengan beberapa nama seperti pokok tenggek burung, pokok lemak udang, pokok tebengau, pokok otak udang dan pokok asam kembang. Orang Siam panggil pokok mantung.

Pucuk lemak ketam sedap dibuat ulam. Rasa pucuknya berlemak, tidak pahit dan rangup. Rasa berlemak itulah sebabnya ia dipanggil pokok lemak ketam.
 
Antara khasiat pucuk lemak ketam ialah mengawal kencing manis dan darah tinggi.
 
Pokok otak udang tumbuh meliar di kawasan pinggir hutan. Sekarang ini banyak orang menanam pokok lemak ketam kerana hendak mendapatkan pucuknya.
 
Boleh ditanam di laman rumah, termasuk di dalam pasu. Pokok jenis lasak. Perlu kerap dipangkas atau dipotong agar banyak cabang dan menggalakkan tumbuh pucuk muda untuk dijadikan ulam. 

No comments:

Post a Comment