Hidup kita jangan mudah dipergaruhi orang
lain atau persekitaran. Kita mesti ada jati diri. Ada nilai yang dipegang.
Selalulah berfikiran positif. Jangan fikir apa yang orang lain kata. Tetapi
fikirlah apa yang perkara baik yang boleh kita lakukan.
Fikirkan apa akan dilakukan pada masa
hadapan untuk mendapat sesuatu lebih baik. Jangan takut untuk berfikir
melakukan perkara hebat dan besar. Individu yang berjaya bermula dengan cara
berfikir yang positif.
Tetapkan satu matlamat kejayaan besar dalam
tempoh tertentu. Jangan sekali-kali malu untuk bercita-cita besar kerana takut
dikatakan ’Angan-angan Mat Jenin’.
Kita jangan peduli apa orang kata. Apa yang
penting kita melakukan dengan perancangan dan azam yang betul. Memang kita akan
ditertawakan jika apa yang ingin dilakukan itu tidak dibuat bersungguh-sungguh
kemudiannya.
Maksudnya, apa yang diimpikan itu mesti
diusahakan seperti mana yang sepatutnya. Baharu orang lain tidak akan
mengelarkan kita sebagai Mat Jenin.
Sejak kecil hinggalah dewasa, kita telah mendengar
beribu-ribu perkataan yang memperlekeh keupayaan kita untuk berjaya. Namun,
kita tidak seperti orang kata, masih mampu meneruskan usaha ke arah kebaikan.
Jangan peduli kata-kata itu, sebaliknya
jadikan ia penguat semangat untuk membuktikan sebaliknya. Jangan sekali-kali
menjadikan kata-kata orang memperlekehkan kita satu kenyataan.
Banyak orang yang bertindak menjatuhkan
harga diri sendiri tanpa mencuba, akhirnya impian mereka hancur berkecai dan
tidak dapat dibentuk kembali.
Mereka hilang keyakinan diri kerana percaya
kepada kata-kata orang lain. Tetapi, mengapa pula kita tidak percaya kepada kata-kata
semangat yang diucapkan oleh orang yang ingin melihat kita berjaya.
No comments:
Post a Comment