Friday, 31 January 2025

IKAN GURAMI KECIL

 
Parosphromenus sp. dikenali sebagai ikan gurami kecil. Parosphromenus adalah salah satu genus dari keluarga Osphronemidae, sama keluarga ikan sepat, kaloi, pelaga dan sepilai. Ikan dalam gambar ini adalah spesies Parosphromenus tweedei. 

Ini bukan ikan pelaga (betta), bukan juga sepilai (trichopsis). Ikan ini mewarisi beberapa ciri-ciri asas ahli keluarganya namun amat berbeza dari segi penampilan.

Sebenarnya ini antara spesies ikan tempatan yang sangat terancam oleh kepupusan kerana banyak kehilangan habitat. Manakala habitat yang masih terpelihara pula ada kemunculan ikan pendatang yang lebih dominan dan mengganggu keseimbangan rantaian makanan.

Ikan ini jarang diburu sebab ramai tak tahu pun tentang kewujudannya dan ikan ini bukanlah ikan yang mudah ditemui dan tidak boleh diperoleh dengan banyak. Namun sebenarnya ikan ini ada nilai komersial yang tinggi bagi penggemarnya kerana penampilannya yang cantik dan unik.

Buat masa ini, sudah ada beberapa pembiak kecil-kecilan melakukan pembiakan ikan ini untuk memastikan ikan ini selamat daripada kepupusan dan untuk tingkatkan semula populasinya di habitat asal.
 
Ikan ini tidak mudah dibiakan, memerlukan penjagaan yang rapi. Ikan ini 
bukan jenis yang lasak, dan memerlukan makanan hidup saja.

Kredit pemilik gambar

No comments:

Post a Comment