Layang-layang
atau wau naik kerana ada tali yang mengikatnya. Kalau dibiarkan bebas tanpa
tali mengikatnya, wau itu akan melayang-layang tanpa hala tuju dan kemudian
jatuh.
Peribahasa;
“bagai layang-layang putus tali”, bermaksud seseorang yang sudah putus harapan
untuk meneruskan hidup atau sesuatu yang dilakukan.
Peribahasa
itu menggambarkan satu keadaan yang tidak dapat dipulihkan, sekadar menanti
masa sahaja untuk berakhirkan.
Sebenarnya,
wau yang putus tali masih mampu tegak berdiri semula di angkasa jika talinya
dapat dipegang kembali. Jadi, jika talinya putus, cepat-cepat kejar mencapai
kembali talinya.
Tetapi,
dalam realiti kehidupan, ada orang ingin menjatuhkan kita yang dianalogikan
sebagai wau. Mereka ingin memijak-mijak kita tidak mampu kerana kedudukan kita
yang tinggi di angkasa. Lalu, dia memijak-mijak tali.
Memijak-mijak
tali wau sebenarnya salah satu cara untuk menaikkan lagi wau. Wau akan lagi
tegak atau lebih tinggi jika ditarik dan dilepaskan. Ia sama dengan
memijak-mijak tali wau.
Pijak
jangan sebarang pijak. Pijak tali wau akan menyababkan wau lebih tinggi.
No comments:
Post a Comment