Sunday, 7 August 2022

TEBU HITAM BANYAK MANFAAT ANTIOKSIDAN

 
Tebu merupakan dari keluarga rumput yang berasal dari Asia Tenggara. Terdapat beberapa spesies tebu. Ia boleh dibezakan dengan dilihat daripada ciri-ciri fizikalnya iaitu warna daun, saiz batang tebu, dan warna batang tebu.

Pokok tebu merupakan sumber utama produk bagi menghasilkan gula. Rasanya sangat manis. Namun begitu, ia kurang sesuai diambil terlalu banyak bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan terutama kencing manis.

Sama seperti pokok tebu yang lain, pokok tebu hitam pada luaran berbeza disebabkan oleh warnanya yang hitam. Ia kurang manis sedikit berbanding dari tebu biasa.

Tebu hitam boleh mencapai ketinggian 2-6m. Batangnya tumbuh tegak, keras, mencapai 20-45 mm diameter, ruas batang keras, kulit batang berwarna ungu, mempunyai lapisan berwarna putih keabu-abuan pada batang terutama ketika masih muda.

Daun berbentuk linear atau lanseolat, mencapai panjang hingga 1.5 meter, hujung daun akuminat, permukaan glaukus, tulang daun menonjol. Daun tidak bertangkai, mempunyai pelepah dan helaian daun sahaja. Pelepah daun memeluk batang, dan pada aksilari daun terdapat mata tunas.

Gula tebu hitam dengan teknologi nano mempunyai indeks glisemik (GI) yang lebih rendah berbanding gula biasa. Jesteru, indeks GI yang rendah mampu menurunkan aras kolesterol badan. Ia boleh mengelakkan serangan jantung.

Tebu mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Ia penting bagi mengelakkan daripada berlakunya kerosakan sel di dalam badan disebabkan oleh radikal bebas yang mana boleh menyebabkan kanser.

Ia turut mempunyai sifat antiradang dan antiseptik. Antiseptik penting dalam memperlahankan pertumbuhan mikrorganisma seperti kulat dan bakteria.

Dapatkan kopi tebu hitam. 

 

No comments:

Post a Comment