Lekar dihasilkan daripada lidi. Masyarakat
Melayu dahulu kreatif menggunakan sumber alam semula jadi untuk dijadikan bahan
atau alat keperluan di rumah. Antara kraf tangan masyarakat dahulu ialah lekar.
Lekar
adalah anyaman daripada lidi atau rotan untuk mengalas periuk dalam lain-lain. Kemas anyaman lekar sehingga lidi yang mudah patah menjadi 'lembut' dan dapat dibentuk dengan cantik.
Nama
lekar digunakan di kebanyakan tempat dengan sebutan sedikit berbeza mengikut
dialek masing-masing. Contohnya di Melaka dipanggil ‘lekau’ dan di sebelah
utara pula dipanggil ‘lekau’.
Sekarang
ini lekar memang sukar dijumpai. Bahkan banyak yang sudah tidak kenal lekar.
Peranan
lekar telah diambil oleh peralatan lain yang lebih mudah ditemui dan tahan
lama.
Lekar
wajar dipertahankan sebagai salah satu kraf tangan. Kalaupun tidak digunakan
untuk mengalas periuk, boleh juga diletakkan di meja makan untuk diletakkan
bahan lain, termasuk buah-buahan.
No comments:
Post a Comment