Menjadi
sunah Rasulullah SAW menunaikan solat hari raya di tanah lapang jika dapat
berbuat demikian tanpa sebarang kesukaran seperti hujan, cuaca terlalu sejuk
dan sebagainya.
Ini
sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Sa’id al-Khudri: “Adalah Nabi SAW keluar
pada hari raya fitrah dan hari raya korban menuju ke mushalla (tempat
menunaikan solat)….” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
Mushalla (tempat solat) tersebut menurut ulama adalah satu kawasan lapang yang
terletak di hujung Madinah berhampiran al-Baqi’. (Lihat; al-Fiqhul-Wadhih, jil.
1. hlm. 267).
Imam
Ibnul-Qayyim dalam Zadul-Ma’ad menyatakan; “Nabi SAW. tidak pernah menunaikan
solat hari raya di masjidnya kecuali sekali sahaja iaitu ketika hujan turun…”.
(Zadul-Ma’ad, 1/441).
Menurut jumhur ulama; menunaikan solat sunat hari raya di kawasan lapang lebih
afdhal dari menunaikannya di masjid kerana mengikut sunnah Nabi tersebut.
Namun
menurut mazhab Syafie; Menunaikan solat hari raya di masjid adalah lebih afdal
kecuali jika masjid sempit, maka ketika itu barulah afhal ditunaikan solat di
kawasan lapang.
Nabi
SAW menunaikan solat hari raya di kawasan lapang kerana masjid baginda sempit,
tidak mampu menampung semua jemaah, termasuk perempuan dan kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment