Hari tanpa kopi mungkin sesuatu yang sukar bagi ramai orang. Ini kerana kopi menjadi
minuman ‘kick-off’ bangkit membina tenaga. Kandungan kafein ternyata mampu memberi
kesedaran berpanjangan.
Namun,
ramai tidak tahu kafein daripada kopi mempunyai kuasa melancarkan darah dalam
anggota kelamin secara sederhana seperti ubat pelancar darah PDE-5 Inhibitor
seperti ‘Viagra’.
Tidak hairan jika kita lihat kopi menjadi minuman kegemaran lelaki sejak turun menurun. Kopi juga dapat menghindari penyakit nyanyuk atau Alzeimer selain mengandungi antioxiden yang menyegarkan tubuh badan dan nyah penuaan.
Sebab itu banyak pengeluar produk kesihatan lelaki menggunakan kopi yang dicampurkan dengan ramuan lain. Kopi amat sesuai diminum untuk kesihatan, selain aroma bau dan rasa yang amat memikat.
Menurut satu kajian, 2 cawan kopi setiap hari, mampu menguatkan sperma sekali gus meningkatkan kesuburan kaum Adam. Ia memerlukan lelaki mengambil 2 cawan kopi untuk mendapatkan keputusan maksimum.
Kafein
didapati mencegah pemecahan sebatian kimia dan membolehkan lebih banyak tenaga
dibekalkan termasuk untuk sel sperma sehingga mereka boleh berenang lebih cepat
dan untuk tempoh masa yang lama.
Dua
sebatian kimia tubuh yang dimaksudkan oleh Lewis ialah adenosine triphosphate
(ATP) dan guanosine triphosphate (GTP). ATP adalah sumber tenaga yang digunakan
untuk proses metabolik manakala GTP bertindak selaku pengganda reaksi
metabolik.
Kebanyakan
masalah ketidaksuburan disebabkan oleh sperma yang tidak cukup sihat berenang.
Jadi kandungan kafein dalam kopi ternyata boleh membantu.
Jadi,
lelaki wajar menjadikan kopi sebagai minuman harian. Rasai khasiat yang hebat
ini tanpa ada resiko penggunaannya. Lelaki sentiasa ingin kelihatan hebat dan
rasa hebat.
Namun,
kesan minum kopi berbeza antara setiap individu. Manakala kesannya tidak secara
mendadak. Pada masa yang sama diingatkan agar tidak mengambil kopi dengan gula yang
banyak. Seeloknya minumlah kopi kosong yang memberi aroma menyegarkan.
No comments:
Post a Comment