Tetawak atau tawak-tawak adalah sejenis gong kecil. Sebab
itu, ia lebih dikenali dengan nama "gong". Jika disebut tetawak, banyak orang tidak mengenalinya. Bahkan, jika dipanggil tetawak itu tetawak, banyak orang akan kata itu salah dan mengatakan itu adalah gong.
Tetawak dari jenis tembaga dibawa masuk
dari negara Burma melalui Pattani di selatan Thailand sejak beratus-ratus tahun
dahulu untuk kegunaan teater tradisional seperti wayang kulit, menora, makyung,
main puteri dan tarian asyik.
Pada
masa kini terdapat juga alat tetawak yang diperbuat daripada besi sebagai
alternatif oleh pakar-pakar tertentu dari kalangan masyarakat tempatan. Mereka
menggunakan teknik ‘pateri’ ataupun dibentuk dari objek seperti ‘leger’ iaitu
tong-tong minyak yang sedia ada kemudian dipaterikan.
Namun
kemahiran teknik seperti di atas tidak dapat menjamin mutu dan nilai sesebuah
alat itu. Untuk menghasilkan tetawak yang berkualiti dengan teknik tempa.
Penghasilan
tetawak menggunakan teknik tempa lebih halus dan rumit, tetapi itu cara
terbaik. Kaedah penghasilan tetawak menggunakan teknik tempa telah mendapat
pengiktirafan masyarakat dunia sebagai gong yang terunggul.
Tetawak
biasanya dimainkan secara berpasangan, iaitu tetawak ibu dan tetawak anak dengan
menggunakan pemalu. Ia biasanya digantung berpasangan pada batang kayu yang
dikenali sebagai kayu mengabang dan dimainkan oleh pemain yang sama.
Tetawak
ibu, secara dikotomi, mempunyai pic suara yang lebih rendah dan bentuk fizikal
yang lebih besar daripada tetawak anak. Tetawak ibu biasanya digantung berada di
sebelah kiri pemalu.
No comments:
Post a Comment