Apabila disebut timun banyak orang beranggapan buah
ini hanya dihidangkan sebagai pelengkap ulam-ulaman, acar atau dijadikan
penambah dalam masakan.
Rasa timun yang segar dan mengandungi banyak air bukan
saja sesuai diolah sebagai makanan tetapi juga minuman. Ini kerana jus timun
memberikan pelbagai kebaikan kepada tubuh.
Antara kebaikan timun adalah:
- Mencegah penuaan dan melawan radikal bebas.
Timun kaya antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dalam tubuh disebabkan
oleh radikal bebas. Selain itu, kandungan beta karoten, vitamin C dan mineral
dapat mencegah proses penuaan semula jadi.
- Mencegah kenaikan tekanan darah. Bagi
penderita hipertensi, biasanya dalam tubuh mereka mempunyai kandungan sodium
(garam) yang tinggi. Timun mengandungi kalium
yang membantu menyeimbangkan kadar sodium dalam badan dan menstabilkan tekanan
darah.
- Membantu menurunkan berat badan. Kadang-kadang
kita keliru dengan rasa lapar - apakah badan memerlukan air atau makanan? Kalau
anda juga mengalami kekeliruan ini, minumlah dulu sebaik berasa lapar. Timun adalah antara
sayur-sayuran yang banyak air, kaya serat dan boleh dimakan begitu saja untuk
menambah kandungan air dalam badan.
- Membantu mencegah kanser. Kajian
menunjukkan timun mengandungi polifenol dipanggil lignan, yang membantu
merendahkan risiko kanser. Penelitian yang dijalankan penyelidik di Pusat
Kanser Amerika Syarikat, Robert H. Lurie menyatakan timun boleh membunuh
berbagai jenis sel kanser, mengecilkan tumor dan merangsang sistem kekebalan
tubuh.
Melihat kepada banyaknya khasiat timun, ada
yang bertanya, bagaimana cara memilih timun yang baik? Selalu juga kita membeli
timun yang sudah agak dan keras bijinya.
Memilih timun yang baik iaitu tidak pahit
dan lembik sememangnya agak sukar. Untuk itu pastikan warna kulit timun hijau
terang, tidak berkedut atau kusam.
Tekstur timun juga seharusnya padat apabila
ditekan. Semakin besar ukuran timun, rasanya akan semakin pahit. Pemilihan timun
yang manis dan tidak pahit sangat penting untuk menghasilkan jus yang enak.
Rasanya yang segar, sesuai diminum ketika cuaca panas.
Membuat jus timun juga mudah hanya memerlukan bahan utama timun, limau kasturi
dan daun pudina saja.
Dapatkan benih timun
Di Shopee
- https://s.shopee.com.my/9zrtM4ZNjS?

No comments:
Post a Comment