Sunday, 7 July 2024

KHASIAT POKOK TEBU GAJAH

 
Pokok tebu gajah, sejenis pokok memanjat yang ditemui di kawasan hutan dan pinggir kampung di Malaysia. Dinamakan pokok tebu gajah kerana rasa batangnya manis dan pokok itu digemari oleh gajah.
 
Bentuk pokok tebu gajah tidak seperti tebu biasa. Tebu gajah lebih sama dengan tanaman puteri semalu. Tebu gajah memiliki kandungan air gula 20 peratus di dalamnya, serta memiliki kandungan kimia lainnya. 

Beberapa kandungan dalam tebu gajah di antaranya saccharant, vitamin B, asam lemak, dan octacosanol. Selain memiliki rasa yang manis, tebu gajah memiliki beberapa manfaat untuk kesihatan. Walaupun tebu gajah berasa manis, ia tidak mendatangkan kesan bahaya kepada pengidap kencing manis.

Biarpun tebu gajah memiliki kemanisan atau rasa manis, penggunaannya tidak mendatangkan kesan bahaya kepada pengidap kencing manis. Hal ini disebabkan kerana adanya kandungan saccharant dalam tebu gajah. Saccharan memiliki sifat antidiabetes, sehingga penggunaan jenis tanaman yang mengandung saccharan, meskipun memiliki kadar gula yang cukup tinggi tetap selamat bagi penderita diabetes.

Selain baik untuk penderita diabetes kerana kandungan saccharantnya, tebu gajah juga baik untuk menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh. Kandungan octacosanol di dalam air tebu gajah, bertindak sebagai alkohol rantai panjang, di mana fungsi alkohol rantai panjang ini bekerja untuk menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

Kandungan Octacosanol dalam tebu gajah dapat menurunkan kadar kolesterol, termasuk kolesterol yang menempel pada dinding pembuluh darah. Octacosanal menghilangkan plak yang disebabkan penumpukan lemak pada pembuluh darah, sehingga aliran peredaran darah menjadi lancar kerana tidak terganggu oleh plak pada dinding pembuluh darah yang dapat melambatkan aliran sirkulasi darah.

Penderita batuk biasanya akan lebih parah apabila kita makan atau minum benda manis. Tetapi, berbeza dengan pemanis lainnya yang dapat meningkatkan batuk, penggunaan tebu gajah dapat membantu menyembuhkan batuk. Kandungan di dalam tebu gajah dapat membantu mencairkan kahak, sehingga kahak lebih mudah untuk keluar dan batuk lebih cepat sembuh.

Kandungan di dalam tebu gajah memang dapat dimanfaatkan untuk kesihatan, tetapi tidak hanya kandungannya saja,  Hampas tebu gajah juga mempunyai banyak manfaat. Hmpas tebu gajah dapat digunakan untuk menurunkan panas badan. Dengan menampal hampas tebu gajah pada kening, panas tubuh akan berangsur menurun.

Apabila terkena luka pada kulit, kita sering mencari ubat luka berasaskan kimia contoh dettol dan lain-lain. Jika kita tidak suka menggunakan bahan kimia, hampas tebu gajah ini juga boleh menyembuhkan luka. Menampalkan hampas tebu gajah pada bagian yang terkena luka, akan membantu penyembuhan luka. Kandungan yang masih tersisa di dalam hampas tebu gajah dapat mempercepat proses pengeringan luka, sehingga luka dapat sembuh dengan cepat.
 
Khasiat tebu gajah:
- Penawar untuk kencing manis
- Untuk kudis, kudis api /sipilis
- Penawar racun.
- Melancarkan peredaran darah
- Menurunkan kadar kolestrol
- Dijadikan sebagai antidiabetis
- Mengatasi batuk
- Menurunkan panas badan
- Menyembuhkan luka dalaman
- Merawat darah tinggi
- Sebagai penawar racun (antidot)
- Penawar untuk demam
- Mengubati sakit telinga
- Membuang angin dalam badan
- Ubat tenaga batin
- Merawat keputihan
- Memberi tenaga
- Baik untuk kesihatan wanita
- Mengelakkan sakit-sakit badan
- Pelawas
- Meneutralkan kafein
- Meningkatkan stamina
 
Dapatkan batang tebu gajah     



No comments:

Post a Comment