Terdapat
dua jenis telur yang banyak digunakan iaitu telur ayam dan telur itik. Telur
ayam dihasilkan oleh ayam penelur dan ayam kampung. Manakala telur itik
dihasilkan oleh itik penelur dan itik maskobi. Keempat-empat jenis telur itu
berbeza dalam beberapa keadaan.
Pada
kesempatan ini akan dijelaskan secara ringkas mengenai telur itik. Jumlah
pengeluaran telur itik sebenarnya jauh lebih kecil berbanding telur ayam,
terutama telur dari ayam penelur.
Memang
terdapat kekangan untuk menghasilkan telur itik berbanding telur ayam. Ini
kerana pemeliharaan itik penelur memerlukan kaedah yang lebih rumit berbanding
ayam penelur.
Permintaan
terhadap telur itik tinggi sehingga bekalan tidak mencukupi. Telur itik
mendapat permintaan terutama pembuat makanan dan untuk dijadikan telur masim.
Telur
itik mengandungi air, protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral manakala
52.6 peratus terdiri daripada putih telur, 35.4 peratus kuning telur dan
selebihnya adalah cengkerangnya.
Telur
itik lebih besar berbanding telur ayam. Kandungan nutrisinya juga berbeza. Telur
adalah salah satu sumber protein haiwan yang baik bagi tubuh manusia termasuk
telur itik. Ini kerana setiap 100 gram, ia terkandung 12.81 gram protein.
Selain
itu, telur itik juga merupakan sumber makanan yang kaya dengan riboflavin,
folat, zat besi, fosfor, vitamin B12 dan selenium.
Antara
kebaikan atau manfaat telur itik:
-
Menurunkan berat badan. Jika anda sedang berdiet, telur itik amat sesuai
dimasukkan dalam menu anda. Selain tinggi protein, ia juga rendah karbohidrat.
-
Membantu sistem saraf. Kandungan kolin pada telur itik dapat membantu sel-sel
saraf untuk bekerja dengan lebih aktif.
-
Menyihatkan sel darah merah. Vitamin B12 yang ada dalam telur itik bagus untuk
sintesis DNA dalam tubuh kita selain menyihatkan sel darah merah. Kekurangan
vitamin B12 dapat menyebabkan anda mudah sakit kepala, keseimbangan badan
terjejas selain cepat penat.
-
Baik untuk wanita mengandung. Bagi wanita mengandung baik untuk mengamalkan
makan telur itik kerana kandungan selenium di dalamnya dapat menormalkan
metabolisme hormon dan memperbaiki DNA yang rosak selepas bersalin.
Biarpun
khasiat telur itik cukup banyak namun harus diingat pengambilannya biarlah
berpada-pada kerana seperti telur ayam, kolestrolnya juga tinggi.
Dalam
100 gram telur itik mengandungi 884 miligram kolestrol atau dua kali ganda
berbanding telur ayam iaitu 423 miligram.
No comments:
Post a Comment