Sunday, 15 March 2020

TANDA HIPOGLISEMIA PENGIDAP KENCING MANIS


Pengidap kencing manis sering berdepan dua keadaan iaitu hipoglisemia dan hiperglisemia.

Hipoglisemia ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Keadaan ini berlaku kerana pengidap kencing manis biasanya akan berpantang dan mengawal pengambilan gula sehingga tidak menyedari bahawa kandungan gula dalam dalam berada dalam paras yang rendah berbanding yang diperlukan.

Pengidap akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau diserang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah.

Tanda-tanda kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia ialah:
- Cemas.
- Berdebar-debar.
- Berpeluh.
- Menggeletar.
- Terasa lapar.
- Terkeliru.
- Penglihatan kabur.
- Pening lalat.
- Tidak sedarkan diri.

Hiperglisemia adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Hal ini memang satu perkara yang biasa dialami pengidap kencing manis. Penyakit kencing manis adalah berkaitan keberadaan gula dalam darah yang tinggi akibat kurang pengeluran insulin.

Pengidap yang mengalami hiperglisemia akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri

Tanda-tanda lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia ialah:
- Sering membuang air kecil, terutama pada sebelah malam.
- Kerap terasa haus.
- Muntah-muntah.
- Badan semakin kurus.
- Sukar bernafas.

Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan (kronik) memberi kesan kepada atau menyebabkan:
- Gangguan penglihatan.  
- Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki.
- Angin ahmar menyebabkan lumpuh.  
- Kegagalan fungsi buah pinggang.
- Sakit jantung.
- Koma (hilang kesedaran).
- Lemah tenaga batin (lelaki).
- Sakit saraf atau mati pucuk.
- Gangrene atau anggota tubuh mati dan membusuk.


No comments:

Post a Comment