Keropok keping dibuat daripada ikan tamban (keropok
ikan tamban) memang menjadi pilihan mereka yang mementingkan cita rasa dan
kualiti terbaik.
Keropok ikan tamban mempunyai ciri keistimewaan
menjadi kegemaran ramai disebabkan ia nipis dan ranggup. Keropok ikan tamban
yang digoreng mudah kembang besar. Apabila dimasukkan ke dalam mulut ia mudah
hancur atau ‘cair’ dengan rasa yang memikat.
Makan keropok ikan tamban tidak menyebabkan
rasa gatal di mulut atau bahagian tekak. Ia sesuai untuk semua peringkat umur. Ikan
tamban segar digunakan bagi memastikan kualtiti terjamin.
Harga keropok ikan tamban lebih mahal
berbanding keropok diperbuat dengan ikan jenis lain. Namun, bagi penggemar
keropok ikan tamban tidak berkira dengan harga asalkan dapat menikmatinya.
Cara menggoreng:
- Panaskan kuali dan minyak dengan kepanasan api yang sederhana (sesuai dengan keropok yang nipis)
- Masukkan keropok ikan tamban dan tunggu sekejap sehingga kembang.
- Angkat dan sedia untuk dihidang.
- Panaskan kuali dan minyak dengan kepanasan api yang sederhana (sesuai dengan keropok yang nipis)
- Masukkan keropok ikan tamban dan tunggu sekejap sehingga kembang.
- Angkat dan sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment