Perasaan malu perlu disuburkan bukan
setakat sesama manusia. Malah lebih penting perasaan malu itu ditujukan kepada
Allah SWT. Muslim sejati tidak akan melakukan sebarang perbuatan yang ditegah,
sama ada secara terang atau sembunyi. Malu melakukan perkara ditegah sebagai
tanda keimanan.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Malu
dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab
itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya.” (Hadis riwayat Baihaqi)
Orang yang beriman yakin setiap apa yang
dilakukan olehnya adalah dalam pengetahuan Allah SWT dan tidak dapat
disembunyikan daripada-Nya. Sebab itu sama secara terang maupun sembunyi, dia
tidak akan melakukan apa-apa perbuatan yang
memalukan.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Malu itu
datangnya daripada keimanan, dan iman itu membawa ke syurga. Dan sebaliknya
adalah membawa kepada neraka.” (Hadis riwayat Bukhari).
Perasaan malu mempunyai kaitan secara
langsung dengan ketakwaan. Muslim yang patuh kepada larangan Allah SWT
memperlihatkan tahap ketakwaan yang tinggi. Dia malu melakukan perbuatan dosa
sebagai mematuhi larangan Allah SWT.
Marilah kita semua menghiasi diri dengan
perasaan malu sebagai lambang kepada keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Manfaat daripada sifat malu diperoleh ketika hidup di dunia dan akhirat.
Di dunia ini orang yang bersifat malu tidak
akan ditimpa kehinaan disebabkan dirinya sentiasa menjauhi daripada pebuatan
yang menyebabkan dipandang hina. Sedangkan di akhirat nanti pula dirinya
mendapat pembalasan sebaik-baiknya daripada Allah Yang Maha Pembalas dan Maha
Adil.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan
bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa
yang diusahakan.” (Surah an-Najm, ayat 39)
“Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan
diperlihatkan (kepadanya pada hari kiamat kelak).” (Surah an-Najm, ayat 40)
“Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan
balasan yang amat sempurna.” (Surah an-Najm, ayat 41)
Gambar sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment