Wednesday 1 May 2024

KELADI TIKUS RAWAT PENYAKIT KANSER

 
Keladi tikus atau nama saintifik typhonium divaricatum mampu merawat penyakit barah, mengecutkan dan menghalang pertumbuhan tumor baru, mengurangkan kesan sampingan akibat rawatan kemoterapi.

Antara khasiat herba ini adalah banyak berkaitan dengan penyakit barah seperti penyakit barah payu dara, barah paru-paru, baran rektum, barah hati, barah prostat, barah pangkal rahim dan masalah buah pinggang. 

Keladi tikus adalah sejenis keladi dengan ketinggian antara 20-30 cm. 

Keladi tikus dikatakan dapat membunuh sel-sel barah dan membaiki semula sel yang telah rosak akibat kemoterapi. Herba ini bersifat antivirus dan antibakteria.

Pati tumbuhan keladi yang diminum dapat digunakan membersihkan racun dalam tubuh, , melancarkan perkumuhan dan secara umum membersihkan sistem pencernaan.

Herba ini lazimnya dibuat jadi air rebusan namun sekarang ia boleh didapati dalam bentuk suplemen kerana manfaat kesihatan yang dinyatakan.

Hampas keladi tikus yang ditumbuk boleh terus disapukan ke bahagian tubuh yang luka dan bernanah.

Keladi tikus mempunyai tahap antikanser yang tinggi, terutama pada pokok yang berusia dua hingga ke enam bulan, kadar antikanser yang paling tinggi dikesan pada pokok matang yang berusia lebih dari 6 bulan.

Kajian klinikal yang telah dibuat oleh beberapa universiti di Malaysia iaiatu Universiti Putra Malaysia UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya berkaitan dengan kandungan Ribonsome Inactivating Protein yang terkandung pada herba keladi tikus ini yang berpotensi menyerang sel kansert daripada terus berkembang.

No comments:

Post a Comment