Friday, 9 December 2022

MUSUH BERTUKAR MENJADI KAWAN

 
Dunia politik adalah seni yang sukar diramal. Sebab itu, kita tidak perlu keterlaluan dalam bermain politik. Amalkan kesederhanaan dan matang. Utamakan berpolitik menggunakan fakta dan kebenaran.
 
Politik hari ini umpama roda. Berpusing dan bersilih ganti. Kawan menjadi lawan dan lawan pula menjadi kawan paling akrab. Orang paling dibenci bertukar paling disayangi. Orang paling dipercayai, bertukar penipu paling licik.
 
Pentas politik adalah dunia serba mungkin. Kawan boleh menjadi lawan. Lawan boleh menjadi kawan. Hari ini di atas, esok mungkin di bawah, Mungkin kembali di atas semula.
 
Maka berhati-hatilah dalam setiap tingkah laku dalam politik supaya anda tidak menyesal nanti.
 
Dalam politik tiada tempoh yang tetap. Bentuk saingan dan cabaran sentiasa berubah. Hanya mereka yang cekal dan bijaksana yang mampu mengharungi cabaran dalam politik.
 
Dalam politik tak ada yang tetap. Kawan tak tetap. Lawan tak tetap. Penyakong tak tetap. Penentang tak tetap. Di bawah tak tetap. Di atas lagi tak tetap.  
 
Sebab itu, perlu berbaik sangka kepada kawan, walaupun mungkin kita dilawan. Begitu juga, berbaiklah juga kepada lawan, kerana mungkin esok menjadi kawan. 

No comments:

Post a Comment