Friday, 25 November 2022

UBATI DOSA DENGAN ISTIGHFAR

 
Setiap perkara buruk ada cara membaikinya. Sama seperti setiap penyakit ada ubatnya. Dosa diubah dengan taubat dan istighfar. Ia ubat yang mengubah kehidupan buruk kepada baik. Berpenyakit berusaha untuk sembuh.
 
Jika engkau tidak melazimi siang malammu dengan taubat dan istighfar terhadap segala dosa dan lalaimu, usahlah engkau memarahi kawanmu yang sakit tetapi enggan mengambil ubat. Engkau dan dia sama sahaja.
 
Atau, engkaulah yang lebih buruk. Kawanmu itu boleh jadi mengadu dan memohon kepada Allah akan sakit badan yang dialaminya.
 
Sedangkan hati yang berpenyakit akibat dosa dan maksiat pula, ubatnya tiada galang ganti selain taubat dan istighfar kepada-Nya. Maka bagaimanalah engkau boleh merasa sihat dan aman dalam hidup penuh dosa tanpa taubat dan istighfar?
 
Perbanyakkan taubat dan istighfar agar hati dan kehidupan menjadi sihat. Hati menjadi kuat dan terhindar melakukan dosa. Kalaupun dihampiri dosa, ada antibodi berupa istighfar. Kalaupun pun terpalit dengan dosa, ia tidak kekal lama kerana disucikan dengan taubat.
 
Sucikan hati dengan taubat dan istighfar.

No comments:

Post a Comment