Wednesday, 9 November 2022

PASTIKAN MELAYU ISLAM KEKAL BERKUASA

 
Politik adalah punca kuasa. Tanpa kuasa politik, bangsa akan terpinggir. Menjadi lemah dan hilang jati diri. Tidak berupaya untuk menentukan masa depan.

Maka itu, bangsa yang ingin berkuasa tidak boleh memisahkan diri daripada politik. Memisahkan politik dengan bangsa bermakna melemahkan bangsa tersebut.

Begitu juga agama dan politik tidak boleh dipisahkan. Agama dan politik perlu seiring. Islam adalah tiang kepada kehidupan. Membimbing manusia kepada jalan yang benar. Jalan yang lurus. Sedangkan politik adalah alat kepada cara melaksanakan kehendak Islam.

Buatlah percaturan bijak untuk memilih pemimpin. Semua parti politik besar di negara kita telah berpeluang menerajui negara. Telah ada rekod pemerintahan untuk dinilai biarpun dalam tempoh masa yang singkat.

Sesungguhnya tidak ada yang sempurna, tetapi pilihlah yang paling baik. Semua ada sejarah perkara buruk yang dilakukan, maka pilihlah mana yang paling kurang melakukan keburukan.

Lihatlah kepada yang banyak, bukan kepada nan seorang sahaja. Buka mata untuk melihat kebaikan yang banyak telah dilakukan, bukan disebabkan setitik nila rosak susu sebelanga. Jangan panas setahun hanya dirosakkan hujan sehari.

Tindakan kita hari ini bukan sahaja memberi kesan kepada diri kita dan generasi sekarang, tetapi juga kepada generasi-generasi akan datang. Jatuhnya kerajaan Islam Cordova yang masyhur di dalam Bahasa Arab sebagai "al-Qurtubah" pada 2 Januari 1492 tidak berjaya ditebus sehingga sekarang.

Kita tentu sekali tidak mahu mengulangi sejarah kejatuhan Kesultanan Melaka berulang kembali. Jatuh pada 1511, hanya berjaya ditebus kembali 456 tahun kemudian.

No comments:

Post a Comment