Penduduk sekitar Kubang Kerian, Binjai,
Bukit Marak dan kawasan sekitar kini boleh membeli keperluan basah harian seperti
ikan, daging, sayur-sayuran serta buah-buahan
di Pasar Tok Kenali.
Pasar yang mula beroperasi pada 8 Okt 2022
itu asalnya pada permulaan pembinaan dikenali Pasar Binjai, kemudiannya
ditukarkan kepada nama Pasar Tok Kenali sebagai mengabadikan nama tokoh ulama
Kelantan dan Nusantara itu.
Pasar Tok Kenali terletak berhampiran Persimpangan
Binjai dapat memberi keselesaan kepada peniaga serta orang ramai berjual beli
keperluan harian.
Dengan beroperasinya Pasar Tok Kenali,
semua peniaga yang sebelum itu beroperasi di tapak sementara, dapat menikmati
suasana lebih selesa.
Pasar yang boleh menampung kira-kira 50
peniaga itu menyediakan ruang untuk peniaga ikan, sayur, buah-buahan, ayam,
daging dan kedai makan.
Turut disediakan ialah kemudahan tandas
awam dan tempak kenderaan yang luas.
No comments:
Post a Comment