Temu kunci sumber antioksidan. Temu kunci (Boesenbergia
rotunda atau Boesenbergia pandurata) satu daripada jenis temu yang terkenal.
Dinamakan temu kunci kerana bentuknya seperti segugus kunci.
Isi temu kunci akan keluar dari ibu yang membentuk segugus isi.
Ia sejenis tumbuhan herba rizom daripada keluarga
Zingiberaceae yang kaya dengan sebatian flavonoid, minyak atsiri, dan
polifenol.
Isi temu kunci boleh dijadikan ulam atau direbus untuk
mendapatkan khasiatnya. Boleh juga dikisar dan diminum jusnya.
Antara khasiat temu kunci ialah membantu kesihatan
pencernaan. Kandungan pinostrobin dan polifenol membantu melindungi dinding
perut, merawat masalah angin, serta melancarkan penghadaman.
Ekstrak aktifnya berkesan melawan bakteria Streptococcus
mutans dan Lactobacillus bagi mencegah karies gigi serta periodontitis.
Selain itu, temu kunci dapat meredakan batuk kering kerana
ia bersifat antiradang dan antioksidan yang membantu melegakan kerongkong serta
batuk.
Temu kunci dan beberapa jenis temu lain digunakan secara
meluas dalam amalan tradisional untuk penjagaan kesihatan selepas bersalin,
membantu mengecutkan rahim, mengurangkan keputihan, serta menambah pengeluaran
susu badan.
Ia juga dapat membantu menentang radikal bebas dan mencegah
jangkitan mikrob kerana ia kaya dengan sumber antioksidan.


No comments:
Post a Comment