Sejarah penggunaan pensil.
Pensil yang biasa sering kita gunakan, dibuat daripada gabungan
batang kayu yang di dalamnya terdapat isi pensil atau grafit karbon. Pengeluar
utama batang pensil di dunia ialah Amerika Syarikat.
Penggunaan grafit sebenarnya telah dimulai sejak zaman Yunani.
Bagaimanapun, penemuan grafit karbon yang sesuai untuk pensil ditemui pada
tahun 1564 di Borrowdale di kawasan utara Inggeris.
Kelebihan grafit karbon yang ditemui berbanding grafit sebelumnya
adalah mineral di dalam grafit karbon itu tidak dapat terbakar dan meninggalkan
bekas berwarna hitam mengilap, serta mudah dipadamkan.
Mata pensil dibezakan menurut komposisi. Huruf B bermaksud
ketebalan (boldness) yang bererti kandungan grafit karbon lebih banyak.
Sementara huruf H pula memberitahu kekerasan komposisi, jadi
maksudnya adalah kandungan tanah liatnya lebih banyak.
Pensil memiliki dua sifat iaitu keras dan tebal. Makan itu
sebabnya ketika menjawab peperiksaan objektif kita disarankan menggunakan
pensil 2B kerana lebih halus dan tebal agar komputer dapat membaca jawaban.
Kata pencil berasal dari bahasa Latin iaitu penicillus, yang
bermaksud ekor kecil. Orang pertama yang menggunakan grafit karbon dalam batang
pensil adalah keluarga Faber yang tinggal di Jerman.
Keluarga ini memulai usaha pembuatan pensil grafit pada tahun
1760. Namun sayang, usaha Faber kurang berjaya. Orang tidak suka menggunakan
pensil Faber kerana mudah patah dan mengotori tangan.
Pada tahun 1895 NJ Conte menyempurnakan pensil buatan Faber. Agar
pensil tidak mudah patah, grafit dicampur dengan air dan tanah liat, kemudian
dibakar untuk lebih tahan.
Teknologi membuat pensil sentiasa diinovsikan. Biarpun nampak
seperti tidak banyak berubah, hakikatnya kualiti dan kreativiti pembuatan
sentiasa berubah. Conothnya, kini ada batang pensil menggunakan kertas surat
khabar yang dikitar semula.
Pensil ini dihasil menggunakan surat khabar yang telah melalui
beberapa proses tertentu. Surat khabar lama yang dikumpul akan dibersihkan
sebelum ditekan dan menjalani proses eksklusif dipanggil roll on.
Setelah mata atau grafit karbon pensil diletakkan, ia akan dibalut
menggunakan gam berasaskan air dan kemudiannya dikeringkan.
Menariknya, biarpun ia diperbuat daripada surat khabar lama,
pensil ini dapat berfungsi lebih baik berbanding pensil konvensional yang
diperbuat daripada kayu.
Dengan teknologi pembuatan pensil daripada kertas suratkhabar,
tidak perlu lagi menebang pokok.
Kebanyakan batang pensil berbentuk bulat atau selinder panjang.
Bentuk itu mudah bergolek dan kebarangkalian mata patah lebih tinggi.
Maka sebab itu ada pensil yang berbentuk bersegi-segi untuk
menjadikan kedudukannya stabil semasa diletak di atas meja.

No comments:
Post a Comment