Keindahan Taman Tasik Taiping gamit pengunjung.
Taman Tasik Taiping merupakan taman awam pertama yang dibuka
di Malaysia. Lokasinya di Jalan Pekeliling dan Jalan Taman Tasik, di Taiping,
Perak.
Terletak berhampiran Bukit Larut dan Zoo Taiping. Ia boleh
dikatakan berada di dalam bandar Taiping, atau tidak jauh dari pusat bandar.
Sejarahnya bermula pada tahun 1880 di atas tapak bekas
lombong bijih timah. Keluasan: sekitar 60 hingga 96 hektar dengan kira-kira 10
tasik dan kolam buatan manusia.
Selain keindahan tasik dan pemandangan Bukit Larut dari
kejauhan, keistimewaan tasik tersebut ialah dikelilingi pokok hujan-hujan berusia
lebih 100 tahun yang dahan-dahannya melengkung ke permukaan tasik.
Terdapat laluan pejalan kaki dan laluan berbasikal yang rata.
Ia memudahkan untuk melakukan aktiviti berjalan dan berbasikal melihat
keindahan tasik, serta riadah.
Pengunjung boleh menyewa basikal tunggal atau berdua dengan
ciri-ciri yang menarik untuk keliling kawasan tasik.
Terdapat juga jambatan kecil dibina merentasi tasik dan
pulau-pulau kecil.
Di satu sudut, terdapat taman permainan kanak-kanak dan
peralatan senaman luar yang menjadi tumpuan aktiviti kanak-kanak.
Terdapat juga bot kayuh pelbagai bentuk yang menarik untuk
disewa.
Pengunjung ke Taiping dianggap tidak sah jika tidak singgah walaupun sekejap di Taman Tasik Taiping.
No comments:
Post a Comment