Pembukaan kota Makkah (Mekah) amat penting
dalam sejarah perkembangan Islam. Peristiwa besar itu berlaku pada Ramadan
tahun ke-8 hijrah.
Pembukaan kota Makkah terjadi sebagai
tindak balas apabila Bani Bakr dalam naungan Quraisy menyerang Bani Khuzaah
dalam naungan Islam. Serangan Bani Bakr dibantu pihak kafir Quraisy. Tindakan
Quraisy membantu Bani Bakr menyerang Bani Khuzaah telah melanggar perjanjian
yang dibuat.
Perjanjian Hudaibiyah dipersetujui antara kaum Muslim dengan kafir Quraisy pada tahun keenam Hijrah. Antara kandungan Perjanjian Hudaibiyah menetapkan kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu peperangan.
Amru bin Salim bersama rakannya daripada Bani Khuzaah bergegas ke Madinah untuk memberitahu dan meminta bantuan daripada Rasulullah SAW.
Apabila pihak Quraisy mendengar permintaan Bani Khuzaah kepada Rasulullah SAW, mereka begitu menyesal lalu menghantar Abu Sufian bin Harb bertemu Baginda untuk merayu dan memohon maaf. Namun, Rasulullah SAW tidak menghiraukannya.
Oleh kerana Perjanjian Hudaibiyah dilanggar pihak Quraisy, maka Rasulullah SAW menyiapkan angkatan Muslimin dengan jumlah mencecah hingga 10,000 orang berangkat ke Makkah. Keberangkatan Rasulullah SAW dan sahabat ke Makkah dapat dijangka oleh pihak Quraisy.
Setiba Rasulullah SAW di Makkah, orang Islam berjaya memasukinya tanpa
tentangan sengit. Kebanyakan penduduknya telah melarikan diri dan berlindung di
kawasan bukit di luar kota Makkah.
Perisik Quraiys
yang membilang jumlah unta yang disembelihkan menyangka tentara Islam berjumlah
puluhan ribu, mungkin mencapai lebih 50,000 orang.
Hasil risikan yang terpedaya dengan
kekuatan sebenar tentera Islam telah menakutkan tentera Quraiys dan pemimpin
mereka mengambil keputusan untuk membuat tentangan terhadap kemaraan tentera
Islam memasuki kota Makkah.
Sebaik memasuki Kota Makkah, Baginda menghancurkan berhala di sekeliling Kaabah sebagai simbol berakhirnya penyembahan berhala di Makkah. Kota Makkah dikuasai sepenuhnya oleh orang Islam.

No comments:
Post a Comment