Keladi tikus mampu merawat penyakit barah, mengecutkan dan menghalang
pertumbuhan tumor baru dan mengurangkan kesan sampingan akibat rawatan kemoterapi. Antara khasiat herba ini adalah banyak
berkaitan dengan penyakit barah seperti penyakit barah payu dara, barah
paru-paru, baran rektum, barah hati, barah prostat, barah pangkal rahim dan
masalah buah pinggang.
Keladi tikus atau nama saintifik typhonium divaricatum adalah sejenis keladi dengan
ketinggian antara 20-30 cm.
Keladi tikus dikatakan dapat membunuh
sel-sel barah dan membaiki semula sel yang telah rosak akibat kemoterapi.
Herba ini bersifat antivirus dan antibakteria.
Pati tumbuhan keladi yang diminum dapat
digunakan membersihkan racun dalam tubuh, , melancarkan perkumuhan dan secara
umum membersihkan sistem pencernaan.
Herba ini lazimnya dibuat jadi air rebusan namun sekarang ia boleh didapati dalam bentuk suplemen kerana manfaat kesihatan yang dinyatakan.
Hampas keladi tikus yang ditumbuk boleh
terus disapukan ke bahagian tubuh yang luka dan bernanah.
Keladi tikus mempunyai tahap antikanser yang
tinggi, terutama pada pokok yang berusia dua hingga ke enam bulan, kadar
antikanser yang paling tinggi dikesan pada pokok matang yang berusia lebih
dari 6 bulan.
Kajian klinikal yang telah dibuat oleh
beberapa universiti di Malaysia iaiatu Universiti Putra Malaysia UPM),
Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya berkaitan dengan
kandungan Ribonsome Inactivating Protein yang terkandung pada herba keladi
tikus ini yang berpotensi menyerang sel kansert daripada terus berkembang.
No comments:
Post a Comment