Saturday 21 October 2023

CIRI-CIRI KIBAS BERBANDING BEBIRI

 
Kita kenal atau dapat membezakan antara kambing dengan biri-biri. Kedua-dua haiwan tersebut banyak diternak di Malaysia. Namun, banyak orang tidak mengenali kibas biarpun biasa mendengar nama haiwan tersebut, khususnya apabila membaca mengenai kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail berkaitan dengan korban. Nabi Ismail digantikan dengan kibas sebagai korban untuk dilakukan oleh Nabi Ibrahim.
 
Kibas adalah dalam kategori bebiri atau biri-biri. Jadi, secara fizikalnya, kibas hampir sama dengan biri-biri. Sekali pandang, tidak ada beza antara kedua-duanya.
 
Namun tentu ada perbezaan antara kibas dengan biri-biri. Bezanya kibas dengan biri-biri ialah lemak di dalam badannya terkumpul di bahagian ekornya. Ini menjadikan ekor kibas kembang dan tebal seperti kelompak bunga. Ciptaan yang sama juga Allah kurniakan pada unta yang mana lemak dari badannya menjadi bonggol di belakangnya.
 
Biarpun kibas berasal dari kawasan berpasir seperti di negara Arab, ia juga sesuai diternak di Malaysia atau negara bercuaca tropika. Penternakan kibas kini semakin berkembang di Malaysia. Pun begitu, usaha penternakan kibas lebih awal dilakukan di Indonesia.

No comments:

Post a Comment