Thursday 12 October 2023

AISKRIM AIN, FELDA KEMAHANG

 
Aiskrim memang disukai ramai. Pelbagai perisa dan rasa sejuk ais menjadikan ia pilihan sebagai pencuci mulut atau dimakan selepas menu utama.
 
Sekarang ini, aiskrim menjadi pilihan tuan rumah kenduri kahwin, jamuan hari lahir dan majlis keraian untuk turut menyediakan aiskrim sebagai pencuci mulut.
 
Justeru, ada pengusaha yang mengadakan perkhidmatan menyediakan aiskrim kepada tetamu. Mereka akan menyediakan aiskrim di dalam kon atau bekas mengikut permintaan tetamu. Segala kos ditanggung oleh tuan rumah.
 
Di Felda Kemahang 1, Tanah Merah ada pengusaha aiskrim, iaitu Aiskrim Ain menyediakan perkhidmatan tersebut, bukan sahaja untuk kawasan Felda Kemahang, bahkan seluruh Kelantan. Ia bukan sahaja untuk majlis kenduri kahwin, bahkan apa-apa sahaja majlis.
 
Selain konsep penganjur membayar harga aiskrim untuk sesiapa sahaja, ia juga boleh dalam bentuk menjual secara runcit. Aiskrim Ain akan hadir dan menjual kepada pengunjung secara individu di satu-satu program.
 
Untuk mendapat perkhidmatan Aiskrim Ain, boleh hubungi di nombor yang tertera.
 

No comments:

Post a Comment