Tahi cicak jika terkena atau melekat pada bahagian badan dan pakaian, maka hendaklah ia dibasuh untuk menghilangkan kesan najis. Sembahyang tidak sah jika ada najis terlekat pada bahagian badan atau pakaian yang dipakai ketika sembahyang.
Secara umumnya, tahi cicak termasuk dalam
kategori najis mutawassitah. Menurut mazhab Syafie, tahi dan air kencing termasuk yang datang daripada haiwan adalah dikira
sebagai najis. Tidak kira sama ada daripada binatang itu kecil atau besar.
Terdapat sebuah hadis daripada riwayat Ibn
Masud, beliau berkata: “Aku telah membawa dua biji batu kepada Nabi SAW dan
satu kotoran (tahi binatang yang kering). Baginda mengambil dua biji batu dan
membuang kotoran tersebut, lalu bersabda: ‘Sesungguhnya ia ialah kotoran haiwan.’”
(Riwayat Tirmizi (17); Ibn Majah (314); Ahmad (3685)
Mazhab Syafie berpendapat tinja, bahan
buangan dan kencing itu adalah najis, sama ada daripada sekalian haiwan
sekalipun binatang yang dimakan dan tidak dimakan.
Namun ada beberapa keadaan, iaitu keadaan
apabila keberadaan najis itu susah dikawal dan dielakkan, seperti tahi burung
di dalam masjid, tinja ikan di dalam air dan tinja belalang, dan tinja haiwan
yang tidak ada darah mengalir di dalam badannya termasuklah cicak mengikut
pandangan sebahagian ulama, maka ia dianggap najis juga, tetapi dimaafkan
kerana sukar untuk dielakkan. (Lihat al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab,
2/550; Nihayah al-Muhtaj, 1/80).
No comments:
Post a Comment