Jambatan
Guillemard merupakan jambatan kereta api terpanjang di Malaysia. Ia dibina merentasi Sungai
Kelantan yang bermula di Paloh Rawa di Machang ke Kursia di Tanah Merah,
Kelantan.
Kebanyakan strukturnya dibina dengan menggunakan besi. Nama "Guillemard" diambil sempena nama Gabenor British pada masa itu, iaitu Sir Laurence Guillemard.
Jambatan
Guillemard mula dibina pada tahun 1920 oleh Metro Carriage Wagon & Finance
Company Limited, Wednesbury Works England. Jambatan sepanjang 609.6 meter siap
dibina pada bulan Julai 1924. Jambatan ini merupakan jambatan kereta api yang kedua tertua di Malaysia.
Tujuan
utama jambatan ini dibina adalah untuk menyediakan laluan bagi kereta api dan
kenderaan-kenderaan lain melaluinya.
Ketika
Perang Dunia Kedua, atau lebih tepat lagi pada 12 Disember 1941, jambatn ini
telah dimusnahkan oleh tentera British untuk melambatkan kemaraan tentera Jepun
dari utara ke selatan.
Ia diletupkan selepas perjalanan kereta api terakhir
menuju ke Singapura yang membawa warganegara British.
Selepas
tamat Perang Dunia Kedua, jambatan kereta api ini telah dibaik pulih dan dibuka
semula kepada lalu lintas pada 7 September 1948.
Pada
1 Febuari 1988, laluan itu hanya dikhaskan kepada kegunaan kereta api apabila Jambatan Tanah Merah-Machang dibuka kepada lalu lintas yang terletak tidak jauh dari jambatan kereta api.
No comments:
Post a Comment