Di Kuala Krai, antara air terjun yang cantik ialah Lata Dinding. Airnya bersih dan dingin amat sesuai untuk dijadikan tempat istirahat dan mandi manda. Dikenali
Lata Dinding kerana di laluan air itu terdapat dinding batu tegak. Lokasi
Lata Dinding adalah lebih 'ke dalam' berbanding Lata Berangin yang telah lama
terkenal di Kuala Krai.
Air terjun Lata Dinding amat menarik. Sebab itu, ada orang sanggup kembara berjalan kaki (hiking) untuk pergi ke lokasi air tejun yang terletak jauh di dalam hutan.
Tempat ini dikatakan telah lama diketahui dan dikunjungi di kalangan penduduk setempat sebagai tempat memancing dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan motosikal.
Diharapkan
pada masa hadapan lokasi Lata Dinding dapat dihubungi dangan jalan bertar untuk
memudahkan dikunjungi menggunakan kenderaan biasa.
No comments:
Post a Comment