Projek Sejati Madani JKKR Felda Lakum telah berjaya menjana pendapatan sebanyak RM20,000 dalam tempoh dua bulan pelaksanaannya sejak Disember 2024.
Dana Sejati Madani yang diperuntukkan oleh kerajaan sebanyak RM100,000 telah dimanfaatkan sepenuhnya untuk membeli sebuah lori berkapasiti tiga tan, sebuah mesin jengkaut (ekskavator), dan sistem siar raya.
Dalam sesi lawatan pemantauan pelaksanaan projek yang diadakan oleh Jabatan Pembangunan Usahawan bersama pihak Wilayah Mempaga dan Rancangan.
Pada lawatan itu, pihak JKKR Felda Lakum membentangkan pencapaian serta perancangan masa depan projek ekonomi Sejati Madani mereka.
Tahniah kepada pengurusan JKKR Felda Lakum atas usaha yang dilaksanakan. Semoga projek ini terus berkembang dan memberikan lebih banyak manfaat kepada komuniti Felda Lakum.
No comments:
Post a Comment