Sunday, 2 March 2025

MENCIPTA KANDUNGAN NARATIF

 
Kandungan naratif ialah cerita atau kisah tentang peristiwa, pangalaman dan sebagainya. Jadi, kandungan naratif ialah menceritakan atau mengisahkan mengenai sesuatu yang ingin disampaikan kepada orang lain untuk dijadikan pengajaran, maklumat, hiburan, berkongsi kisah, menjelaskan dan mendapat simpati.
 
Kandungan dalam bentuk naratif memang mudah mendapat perhatian, terutama kisah berbentuk simpati atau sedih. Rakyat Malaysia memang mudah tersentuh dengan kisah-kisah tersebut yang dianggap sebagai menepati jiwa dan perasaan kebanyakan orang.
 
Dalam media sosial, banyak individu menjadi penyedia kandungan naratif. Sebenarnya, keinginan menyampaikan kandungan naratif sudah lama wujud. Selain menggunakan percakapan, masyarakat kuno sebelum ada tulisan, akan menjadikan lukisan sebagai medium penceritaan. Di tapak arkeologi, ditemui lukisan di dinding gua, batu dan termbikar gambar-gambar yang menceritakan situasi pada ketika itu.
 
Sekarang ini, ada individu mempelajari kandungan naratif untuk menjadi penipu (scammer) untuk menipu orang ramai. Kemahiran kandungan naratif memang menjadi kepakaran penipu kerana jika mahir sudah pasti orang yang ingin ditipu tidak akan mempercayainya.
 
Budiman Mohd Zohdi, menukilkan bagaimana hendak menjadi pencerita naratif yang baik. Tulis Budiman lewat FBnya:
 
1. Bina Wibawa Karakter
Tidak kita apa bidang penceritaan, binalah karakter. Dalami ilmu tapi jangan beli PhD. Bertanya dengan yang pakar dan sentiasa luaskan pembacaan. Sesuaikan karakter dengan topik yang dibina. Cerita pasal hobi memancing tapi 1 joran pun tiada di rumah.
2. Belajar mendengar - jika mahu suara anda didengar. Nak sembang pasal kemiskinan rakyat, di kawasan kotaraya, tanpa mendengar makna kemiskinan bandaraya dari warganya, anda gagal jadi pencerita yang baik.
3. Gunakan bahasa mudah, sebaiknya bersifat tempatan. Demo tak kenal bare boh.
4. Susun Naratif Secara Strategik
Susun peristiwa secara logik serta ada sebab-akibat yang meyakinkan.
"Dulu miskin sekarang kaya. Sebab apa kaya? Jumpa lampu ajaib aladin. Macamana jumpa? Sedang jalan-jalan kat lorong belakang tersepak batu. Ketika kau jadi kaya, nak masuk kereta mewah hujan turun. Kau kebasahan. Rupanya... Mak kau curah air suruh bangun dan pergi kerja."
5. Apa pun naratif, aku percaya ia teks yang ditulis, di susun dan dihafal. Lama-lama lancarlah.
6. Kuasai topik dan sampaikan.
Tok guru aku selalu sebut 4C - Content (mesej jelas), Context (relevan dengan audiens), Cohereren (susunan ada hubungkait), Colour (gaya yang menarik dan meyakinkan).
Dari dulu kisah dongeng cinta masih sama. Cinta yang tak direstui. Oleh famili atau isteri pertama. Selepas lelaki dan wanita merana, jumpa balik dengan wanita tersebut. Akhir cerita, dapat kahwin juga.

No comments:

Post a Comment