Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang
disambut oleh masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi
menghormati dewa Hindu, iaitu Dewa Murugan atau juga dikenali Dewa Subramaniam.
Perayaan ini disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali
juga sebagai bulan 'Thai'. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang
terang.
Bagi penganut yang beragama Hindu,
Thaipusam adalah hari untuk menunaikan nazar dan menghapuskan dosa-dosa dan
bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas.
Bukan semua penganut Hindu akan menunaikan
nazar. Nazar ialah memohon hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan
dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.
Biasanya, murid yang akan menduduki
peperiksaan, wanita yang berhajat untuk mengandung tetapi belum mendapat
kurniaan Ilahi, lelaki yang meminta nazar semoga ibu bapanya selamat daripada
pembedahan waima sakit merupakan antara faktor utama penganut Hindu memohon
nazar.
Pada hari itu mereka akan membawa susu yang
diisi dalam belanga kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan
dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu
ini akan dihias dengan pelbagai corak, warna, daun dan benang.
Belanga ini akan
dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Walau
bagaimanapun, bukan semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini. Hal
ini demikian kerana pembawaan belanga bukanlah kewajipan dalam meraikan
kebesaran Tuhan Murugan.
Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur
rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala yang botak itu dengan warna
kuning daripada kunyit. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di
luar kuil dengan bayaran tertentu. Amalan ini merupakan satu bentuk melepaskan
atau membayar nazar atau melupakan sesuatu peristiwa yang sedih dan menanti
hari-hari yang baik yang bakal menjelma.
Sebelum menyambut Thaipusam, penganut agama
Hindu akan berpuasa selama sebulan untuk tujuan membersihkan jiwa. Dalam tempoh
sebulan ini, mereka berpuasa dengan makan sayur sehari sekali dan sentiasa
mengunjungi kuil.
Manakala 24 jam sebelum menyambut Thaipusam
pula, mereka akan berpuasa sepenuhnya. Masyarakat yang beragama Hindu di
Malaysia, biasanya akan menyambut perayaan Thaipusam ini di Batu Caves, iaitu
sebuah tempat suci bagi masyarakat Hindu di Malaysia.
Bagaimanapun, terdapat lokasi di seluruh
Malaysia yang turut dijadikan tempat untuk sambuatan Thaipusam bagi penganut
Hindu yang tidak ke Batu Caves.
Pada hari Thaipusam, penganut agama Hindu
akan membawa patung Dewa Subramaniam, iaitu anak bongsu Dewa Siva, di atas
pedati perak dan diarak dengan muzik tradisi.
Selain itu, antara ciri utama perayaan
Thaipusam ini, penganut agama Hindu juga akan membawa 'kavadi', iaitu sebuah
kerangka besi yang dihiasi dengan bunga, kertas berwarna-warni, dan buah-buahan
segar yang dijunjung di atas bahu. Ini adalah sebagai tanda membayar nazar atau
bertaubat kepada Dewa Subramaniam.
Bagi sesetengah penganut agama Hindu juga,
mereka akan mencucuk logam atau besi yang menembusi kulit tubuh, lidah, pipi,
dan anggota badan yang lain bagi tujuan membersihkan dosa dan menyucikan diri.
Mereka akan berkumpul beramai-ramai sambil membawa 'kavadi'.
Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod
besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai
saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan
bunga-bungaan.
Pembawa kavadi ini lazimnya terdiri
daripada lelaki, perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi
ini bergantung pada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan
diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing.
Selain itu ada kavadi yang
diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari
semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu ,
berehat dan diberi minum.
Pelbagai cara "menyeksa diri"
dilakukan bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di
atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil
hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves.
Ada juga dalam kalangan pembazar nazar atau
peminta ampun yang mencucuk
panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sentimeter.
Boleh dikatakan semua pembayar nazar berada
dalam keadaan separuh sedar kerana telah menggunakan bahan-bahan tertentu. Ada
juga yang percaya, dewa yang memberi "kuasa" kepada mereka untuk
berbuat demikian dan mereka seolah-olah jalan terumbang-ambing dan berada dalam
keadaan separuh sedar.
Perayaan Thaipusam lebih meriah di Malaysia
jika dibandingkan dengan di India, Hal ini berlaku demikian kerana di India,
Pesta Ponggal lebih meriah berbanding dengan Thaipusam.
panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sentimeter.
Mengikut kajian,
Thaipusam dapat menyatupadukan semua penganut Hindu dari pelbagai ladang dan
bandar yang berkumpul di beberapa buah kuil Hindu yang besar sahaja. Selain
disambut di Malaysia, negara lain seperti Singapura, Afrika Selatan, Sri Lanka
dan lain-lain juga meraikannya.
No comments:
Post a Comment