Buah pala ialah satu genus tumbuhan tropika
yang pokoknya malar hijau. Ia berasal dari Asia Tenggara. Biji dan selaputnya yang
terkandung dalam buah pokok ini penting untuk dijadikan sebagai rempah.
Spesies yang paling penting dari segi
perdagangan ialah pala harum yang berasal daripada Kepulauan Banda di
Indonesia.
Sebatang pokok pala mempunyai ketinggian di
antara 4-15 meter dan bersifat ‘unisek’, iaitu pokok hanya mengeluarkan bunga
jantan atau betina sahaja. Oleh itu, pada kebiasaannya satu batang pokok jantan
ditanam di antara 10 batang pokok betina.
Buah pala ialah buah jenis “drup” dan
mempunyai bentuk yang berbeza di antara pokok yang berlainan seakan-akan telur dengan
ukuran 20-30 milimeter panjang dan 15-18 milimeter lebar, namun ada pokok
yang menghasilkan buah berbentuk bulat dan ada juga yang menghasilkan buah
berbentuk pir.
Secara purata berat buah pala ialah dalam
lingkungan 89 g dan bergaris pusat lebih kurang 5.6 cm. Pada pangkal biji
melekat suatu kulit selaput keliling biji yang berwarna merah dan
kelihatan kering seakan-akan renda.
Apabila buah ini masak, perikarpnya yang
berwarna kuning dan mempunyai ketebalan 1.5 cm terbelah dua dan mendedahkan
biji yang berwarna perang keungguan serta berkilat.
Bahagian perikarpnya, walaupun terlalu
masam dan kelat untuk dimakan dalam keadaan segar, ia boleh diproses untuk
dijadikan halwa, kandi dan jeruk pala. Kedua-dua biji dan selaputnya boleh
dikeringkan dan digunakan sebagai rempah.
Biji pala ini digunakan sebagai rempah,
bahan perisa untuk masakan yang manis seperti kek dan masakan yang menggunakan
susu manakala kulit yang disebutkan sebagai "bunga pala" atau "kembang
pala" digunakan dalam penyediaan
berbagai jenis makanan, terutamanya untuk memberi perisa pelbagai jenis
sos dan kicap.
Kedua-dua biji dan aril buah pala
mengandungi minyak pala dengan perisa yang berbeza. Sejenis minyak yang
bersifat tepu pada suhu bilik juga boleh dihasilkan daripada biji pala; minyak
ini digunakan sebagai minyak ubat sapu dan untuk pembuatan minyak wangi.
Bijinya dikeringkan secara perlahan-lahan
di bawah cahayamatahari dalam tempoh selama enam hingga lapan minggu. Pada masa
ini, ia mengecut daripada biji benih yang keras sehinggalah lapisan kernel di dalamnya
boleh menghasilkan bunyi apabila digoncang setelah kering sepenuhnya.
Buah pala banyak digunakan sebagai pengubatan
tradisional untuk mengatasi masalah diare, masuk angin, gangguan ginjal, dan
mual. Manfaat ini kerana adanya kandungan protein, karbohidrat, minyak atsiri,
sodium, kalsium, vitamin (A, C, B1), asam oleanolat, dan lain sebagainya.
Buah pala juga memiliki sifat antibakteri,
antikanser dan antiradang. Sehingga pala dapat mengatasi berbagai masalah
peradangan baik di dalam tubuh maupun di luar (kulit).
Pokok pala mudah ditanam menggunakan biji.
Memandangkan ia jenis pokok saka yang besar, tidak boleh ditanam di dalam pasu.
No comments:
Post a Comment