Wednesday 21 February 2024

OPERASI TANGKAP HAIWAN RAYAU

 
Sikap penternak membiarkan haiwan ternakan masing-masing merayau bebas di jalan raya mendatangkan bahaya kepada pengguna. Jika berlaku kemalangan melibatkan lembu dan kenderaan, boleh menyebabkan kerugian di pihak pengguna jalan raya seperti kerosakan kenderaan dan mungkin boleh mengakibatkan kehilangan nyawa pengguna.
 
Justeru, pihak berkuasa tempatan kerap melakukan operasi untuk menangkap haiwan ternakan yang dibiarkan bebas merayau. Contohnya, Jabatan Penguatkuasaan Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) bersama-sama dengan wakil Jabatan Verterinar dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pajabat Polis (IPD) Gua Musang telah mengadakan Operasi Tangkapan Haiwan Rayau (Lembu) Siri 2/2024 pada 18 Februari 2024.
 
Beberapa kawasan titik panas yang dipantau semasa operasi tersebut adalah sekitar jalan Sungai Asap ke Limau Kasturi, Taman Agropolitan Rantau Manis (ECER) dan jalan Gua Musang ke Kuala Krai.
 
Operasi Tangkapan Haiwan Rayau ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan penternak tidak membiarkan haiwan ternakan berkeliaran di jalan-jalan utama yang boleh membahayakan pengguna jalan raya.
 
Sumber: Majlis Daerah Gua Musang

No comments:

Post a Comment