Friday 15 December 2023

CARA BETUL GUNA BUTANG HIDUPKAN ENJIN KERETA

 
Kebanyakan kereta baru sekarang ada butang tekan hdupkan matikan enjin,  tanpa perlu cucuk lubang kunci untuk hidupkan enjin. Tetapi kunci itu kena ada bersama kita, biasanya di simpan di dalam poket .
.
Kebanyakan orang masuk dalam kereta, tekan brek dan terus tekan butang tersebut, enjin terus hidup. Inilah kebiasaan yang diamalkan. Sebenarnya cara itu boleh memberi kesan buruk pada jangka masa panjang!
 
Sebenarnya ada tiga langkah yang perlu dilakukan.
Pertama - cuma perlu tekan butang itu sahaja tanpa memijak pedal brek. Biarkan panel eletronik menyala dahulu.
Kedua - tekan tekan butang itu kali kedua untuk menghidupkan panel intrument meter kereta, kotak meter akan menyala dan bersedia untuk dihidupkan secara keseluruhan.
Ketiga - biarkan dalam 5-7 saat, lepas tu barulah tekan pedal brek dan tekan butang sekali lagi untuk hidupkan enjin pula .
.
Kotak komputer yang mengawal semua sistem dalam kereta akan sempat menghantar semua arahan ke bahagian komponen dan sensor yang penting pada seluruh kereta tanpa dalam keadaan terkejut.
 
Sumber : Syam Perodua KL

No comments:

Post a Comment