Friday 28 August 2020

AIR TERJUN LATA TENGKOH PENYEL

Pastinya tidak ramai yang mengetahui mengenai Air Terjun Lata Tengkoh Penyel yang terletak dalam kawasan perkampungan orang asli Kampung Suku Temiar Pendeq, Pos Yum, Sungai Siput, kira-kira 2 jam memandu dari Ipoh. Jarak dari Pos Kuala Mu kira-kira 7km.

Lata Tangkoh Penyel  boleh dikategorikan sebagai tinggi. Airnya mencurah dari ketinggian lebih 60 meter.

Hakikat bahawa ia tersembunyi dalam dalam pedalaman menjadikannya begitu misteri dan menyeronokkan bagi saya. Ia juga bermakna bahawa air terjun itu mungkin masih mengekalkan tidak disentuh, keadaan semula jadi yang tidak tercemar. Di sebalik inilah tersembunyi satu keindahan alam ciptaan Tuhan.

Sekarang ini Air Terjun Lata Tengkoh Penyel semakin terkenal apabila tular di media sosia. Sebelum ini, jalan ke tempat ni berbatu sahaja. 

Sekarang sudah ada jalan bertar yang baru dan chalet-chalet yang diperbuat dengan buluh dan kayu-kayu hutan. Turut disediakan tandas dan bilik mandi. Ada juga kemudahan tempat untuk buat barbeque dan santai.

Tempat ini agak selamat untuk bawa budak-budak sebab air sungai tidak dalam sangat.



Gambar: Sumber media maya.

No comments:

Post a Comment