Tuesday 7 January 2020

KOMPAUN GAGAL PATUHI ARAHAN TULISAN JAWI


Bermula 1 Januari 2020, semua papan tanda kategori perniagaan berlesen dan termasuk pejabat pengurusan NGO dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) perlu memasang papan tanda yang ada bertulisan jawi.

Mana-mana pihak yang gagal mematuhi boleh dikenakan tindakan kompaun atas kesalahan melanggar syarat lesen mengikut Undang Undang Kecil Lesen.

Bagi setiap kesalahan, kompaun dikenakan adalah sehingga RM250 sehari dan boleh juga dihadapkan ke mahkamah dan tarik lesen perniagaan.

Notis peraturan itu telah dikeluarkan sejak awal tahun 2019 dan pelaksanaan penulisan papan tanda jawi bermula 1 Ogos 2019.

Dalam tempoh Ogos hingga Disember 2019, penguatkuasaan berbentuk pendidikan dilaksanakan bertujuan memberi kefahaman terhadap garis panduan terkini.

Peniga yang gagal melaksanakan bermula 1 Januari 2020 dikenakan kompaun dan diberi tempoh tiga bulan untuk menukar papan tanda dengan tulisan jawi. Jika gagal, lesen perniagaan juga boleh dibatalkan.

Sebenarnya bukan keseluruhan papan tanda kena tukar. Bagi papan sedia ada, memadai hanya menampal pelekat bertulisan jawi di bahagian papan tanda sedia ada.

No comments:

Post a Comment