Friday 3 January 2020

MANGSA SENDIKIT PENIPUAN PINJAMAN


Seseorang yang ingin membuat pinjaman bermakna dia perlukan wang sama ada untuk untuk modal permulaan perniagaan atau modal tambahan. Atau, wang itu diperlukan untuk sesuatu tujuan.

Secara lojiknya, pihak pemberi pinjaman akan mempermudahkan urusan memberi pinjaman jika memenuhi syarat ditetapkan kerana akan mendapat 'keuntungan' dari segi kadar faedah yang dikenakan.

Malang sekali, ada peminjam mudah tertipu dalam proses membuat pinjaman. Sepatutnya wang diperoleh, tetapi sebaliknya hilang wang puluhan ribu akibat ditipu sendikit scam.
  
Contohnya, akhbar dalam talian pada 03-01-2020 melaporkan seorang wanita sanggup membayar sehingga RM36,800 bagi mendapatkan pinjaman wang sebelum menyedari dia ditipu sindiket penipuan.

Mangsa berusia 27 tahun dikatakan melakukan 19 kali pindahan ke satu akaun yang diberikan sejak November lalu hingga kelmarin untuk pelbagai bayaran bagi mendapat kelulusan pinjaman.

Difahamkan, mangsa terpaksa menggunakan duit simpanannya dan meminjam wang daripada keluarga serta rakannya untuk membayar wang proses permohonan pinjamannya.

Kejadian bermula pada 25 November lalu apabila mangsa melayari satu laman web dan tertarik dengan iklan pinjaman wang.

Mangsa kemudian mendaftarkan butiran peribadi sebelum dihubungi oleh seorang lelaki kononnya dari sebuah syarikat pinjaman wang.

Hasil perbincangan dengan suspek, mangsa bersetuju membuat pinjaman wang dengan syarikat berkenaan.

Bagi mendapatkan pinjaman berkenaan mangsa diminta membuat pelbagai bayaran.

Walaupun bayaran seperti yang diminta sudah dibuat, mangsa masih tidak menerima wang pinjaman berkenaan dan diminta untuk membuat bayaran lagi.

Mangsa mula berasa curiga mengenainya sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment