Wednesday 15 January 2020

BERAS WANGI TEMPATAN SETANDING IMPORT


Padi wangi varieti MRQ76 yang berjaya dalam tanaman ujiannya di sawah dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) membuktikan bahawa padi berkenaan adalah setaraf dengan beras wangi yang diimport dari Thailand dan Vietnam.

Setelah kejayaan penghasilan beras wangi tempatan di kawasan tanaman ujian di kawasan sawah di Selising, Pasir Putih, kini ia telah diperluaskan pula di kawasan Ladang Merdeka Senor, dalam PPK Kubang Bunut, Pasir Mas.

Padi ini setaraf kualitinya dengan beras wangi import dan ia sangat sesuai untuk kesihatan terutama pesakit diabetes.

Untuk menggalakkan pesawah menanam padi wangi, kerajaan memberi subsidi jika pesawah menanam padi wangi itu yang sebelum ini tidak pernah dinikmati oleh pesawah jika mahu menanam padi wangi.

Dengan harganya yang tinggi iaitu RM40 bagi setiap paket lima kilogram, ia mampu mengubah hidup pesawah.

Bagaimanapun, difahamkan tidak semua jelapang KADA boleh ditanam padi wangi kerana ia tertakluk kepada kebenaran kementerian.

Benih Varieti MRQ76 adalah varieti padi wangi yang dihasilkan oleh MARDI yang berkualiti. Sebelum ini MARDI telah menghasilkan varieti padi wangi varieti MRQ74 yang juga baik untuk kesihatan.

No comments:

Post a Comment