Monday 9 July 2018

JAMUAN RINGKAS TIDAK MEMBEBANKAN

Jamuan ringkas dan murah sudah memadai. Tidak perlu makanan berat dan mahal disediakan. Yang penting hormati tetamu dengan sedikit hidangan untuk membasah tengkok. 

Tuan rumah atau penganjur tidak perlu malu jika tidak menyediakan makanan ala restoran atau majlis besar.  Buatlah sekadar termampu dan tidak membebankan.

Ahli mesyuarat bukan ingin datang makan. Jemputan ialah untuk bermesyuarat, bukan untuk makan. Jadi, kebanyakan ahli mesyuarat memang sedar atau tahu tidak ada hidangan makan berat semasa mesyuarat. 

Mereka awal-awal lagi makan di rumah atau di restoran. Jadi, penganjur atau tuan rumah tidak perlu bimbang tentang soal menyediakan makanana untuk tetamu.

Yang penting bukannya makan, sebaliknya perbincangan dan keputusan mesyuarat. Kalau nak makan macam-macam, pergilah ke masjis kenduri atau ke restoran. Makanlah apa yang mahu kerana di tempat itu memang tempat makan.

No comments:

Post a Comment