Thursday, 15 February 2018

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN NEGARA


Malaysia negara mempunyai rakyat berbilang kaum dan anutan agama. Tiada satu pun kaum yang boleh mengaku penyumbang utama kepada kekayaan dan kemakmuran negara.

Sesungguhnya, kemakmuran dan kecemerlangan negara yang dicapai pada hari ini adalah kerana rakyat berbilang kaum mengutamakam perpaduan.

Setiap kaum mempunyai kelebihan masing-masing berdasarkan cara hidup dan keyakinan yang dipegang. Setiap kaum mengamalkan kekuatan tamadun yang pernah datuk nenek mereka amalkan pada masa dahulu.

Justeru, rakyat perlu terus mengekalkan keadaan itu selamanya-lamanya.  Rakyat perlu semaikan pembaharuan semangat dan azam antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Kita semua saling melengkapi antara satu sama lain. Tekad untuk mencapai kehidupan lebih baik perlu diutamakan.

Biarpun setiap kaum mempunyai agenda tertentu untuk kaumnya, namum sikap itu tidak seharusnya membawa kepada perpecahan dan saling menyerang sehingga semua menanggung kerugian.

Berteraskan semangat Negaraku dalam jiwa, setiap warganegara saling berganding bahu terutamanya dalam membantu mereka yang lebih memerlukan.

Lihatkan ke dalam diri bahawa kita semua warganegara Malaysia yang cintakan keamanan dan kesejahteraan berkekalan.

Saling menghormati dan buang prasangka buruk melibatkan kaum adalah ramuan terbaik untuk mengekalkan momentun untuk terus meluncur laju mencapai status negara maju.  

No comments:

Post a Comment