Tuesday 13 February 2018

WANITA ARAB SAUDI DIBERI PELUANG LEBIH BAIK


Arab Saudi mengawal ketat pergerakan wanita di negara berkenaan. Wanita sepenuhnya berada di bawah penguasaan lelaki. 

Wanita di Arab Saudi sudah lama memperjuangan hak yang sama seperti dinikmati saudara seagama di negara-negara Islam seluruh dunia. Namun, perkara itu dianggap tabo dalam masyarakat Arab Saudi sehingga sesiapa yang memperjuangkan hak itu dianggap satu kesalahan. 

Namun, di bawah pelan pembaharuan Arab Saudi, kini sedikit demi sedikit wanita di negara dua kota suci itu mula diberi peluang untuk melakukan tugasan atau kebebasan dalam aktiviti seharian.

Terbaharu, pejabat pendakwa raya awam Arab Saudi mengumumkan akan melantik wanita sebagai pendakwa raya buat kali pertama.

Langkah itu selaras dengan usaha kerajaan negara itu untuk meningkatkan bilangan wanita bekerja di bawah pelan pembaharuan Arab Saudi.

Menurut pengumuman pejabat berkenaan yang disampaikan oleh Kementerian Maklumat, jawatan kosong dibuka kepada wanita untuk jawatan leftenan penyiasat di pejabat pendakwa raya awam.

No comments:

Post a Comment